Sunday, October 9, 2011

KEM SHOLAT BESTARI



Seramai 35 orang murid-murid Tahun 3, Tahun 4 dan Tahun 5 SK Rantau Panjang telah mengikut Kem Sholat Bestari di sekolah pada 7 & 8 Oktober 2011. Kem Solat ini merupakan siri terakhir bagi 2011 sesi persekolhan. Dua orang guru jQAF iaitu Ustazah Roslida dan Ustazah Che Zarina serta seorang guru Pendidikan Islam, Ustazah Shuhazar menjayakan kem sholat tersebut.
Sholat yang dijakankan di prasekolah diimankan oleh adik Muhammad Ainuddin Safiy





Tuesday, September 20, 2011

Majlis Merdekaraya SK Rantau Panjang






Gambar-gambar

SHOLAT HAJAT UNTUK MURID TAHUN 6 UPSR





Alhamdulillah, Majlis Sholat Hajat & Baca Yassin telah di adakan di masjid Kampung Rantau Panjang pada 11 september 2011. Majlis bermula jam 8.00 pagi dan berakhir jam 11 pagi. Semua murid Tahun 6 yang beragama Islam hadir majlis tersebut. Sebahagian sahaja guru dan ibu bapa yang hadir majlis tersebut. Turut hadir ialah Tuan Haji Omar bin Lamu, Ketua Kaum Kampung Rantau Panjang dan Encik Latif bin Seman selaku Timbalan Pengerusi JKKK Kampung Rantau Panjang. Sholat Hajat diimami oleh Utz. Kamaruddin iaitu guru KAFA menggantikan Iman masjid Kampung Rantau Panjang yang tak dapat hadir. Ceramah motivasi untuk pelajar-pelajar Tahun 6 dan para ibu bapa disampaikan oleh tetamu khas yang dijemput hadir dari Pejabat Pelajaran Daerah Padawan iaitu Utz. Mohamad Solhi.

Thursday, July 7, 2011

Anugerah Usaha Gigih

Tahniah dan Syabas kepada semua warga pendidik SK Rantau Panjang, Padawan, khususnya guru-guru Tahun 6 dan murid-muridnya kerana telah berjaya meningkatkan prestasi UPSR 2010. Tiga orang murid daripada 16 orang calon UPSR 2010 telah berjaya mendapat 5A. Berkat usaha gigih guru-guru Tahun 6 keputusan UPSR Tahun 2010 telah meningkat sebanyak 12.5 %.

Wednesday, July 6, 2011

LARIAN 1 MURID 1 SUKAN 1 MALAYSIA


SK Rantau Panjang, Padawan tidak ketinggalan untuk mengadakan Larian 1 Murid 1 Sukan 1 Malaysia. Para ibu bapa, guru dan murid seawal jam 6.30 pagi sudah memenuhi perkalangan sekolah SK Rantau Panjang pada tanggal 2 Julai 2011.



Pendaftaran peserta larian bermula jam 6.45 pagi di Gelanggang sekolah. Semua murid dari pra sekolah hingga Tahun 6 iaitu seramai 189 orang dan semua guru menadaftar untuk turut serta dalam larian tersebut. Para ibu bapa seramai 48 orang turut serta mendaftar untuk larian.

Sebelum larian bermula pada tepat jam 7.45 pagi semua peserta larian memanaskan badan terlebih dahulu dengan tarian poco-poco.

Monday, April 26, 2010

PROGRAM PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH



Pada tahun ini SK Rantau Panjang, Padawan tidak ketinggalan turut serta menganjurkan Program Pendidikan Pencegahan Dadah. Antara objek propgram ini ialah untuk meningkatkan pengetahuan dalam kesedaran murid-murid bahawa dadah merupakan musuh utama negara dan memberi kesan yang buruk kepada bangsa, agama dan negara.
Sepanjang program ibni bebrbagai aktiviti sempat dijalankan, antaranya Pertandingan Melukis dan Mewarna, Pertandingan Membaca Pantun, Syair dan Sajak, Pertandingan Menulis "Saya Benci Dadah". Di samping itu juga pada masa perhimpunan harian, mingguan dan perhimpunan bulanan Kokurikulum, pihak guru dan Guru Besar sentiasa menyentuh tentang bahaya pengalahgunaan dadah ketika menyampaian ucapan.

Laungan "KAMI BENCI DADAH" pada masa perhimpunan diluahkan oleh warga sekolah adalah sebagai tanda sokongan padu usaha kerajaan membenteras penyalahgunaan dadah ini.Untuk menguatkan lagi rasa benci terhadap najis dadah ini, pihak sekolah juga menayangkan cerita "ANA" iaitu sebuah cerita yang berkisar tetang golongan remaja remaja yang terlibat dengan dadah dan padah yang diterima akhirnya merosakkan diri.
Majlis Penutupan Program Pendidikan Pencegahan dadah telah diadakan pada 24 April 2010 dan disempurnakan oleh Ketua Daerah Agensi Anti Dadah Kebangsaan Kuching, Puan Eva anak Lichok.

Saturday, March 13, 2010

CUTI PERTENGAHAN PENGGAL 1/2010

Sekolah mula bercuti pada 13 Mac 2010 hingga 21 Mac 2010