Monday, April 26, 2010

PROGRAM PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH



Pada tahun ini SK Rantau Panjang, Padawan tidak ketinggalan turut serta menganjurkan Program Pendidikan Pencegahan Dadah. Antara objek propgram ini ialah untuk meningkatkan pengetahuan dalam kesedaran murid-murid bahawa dadah merupakan musuh utama negara dan memberi kesan yang buruk kepada bangsa, agama dan negara.
Sepanjang program ibni bebrbagai aktiviti sempat dijalankan, antaranya Pertandingan Melukis dan Mewarna, Pertandingan Membaca Pantun, Syair dan Sajak, Pertandingan Menulis "Saya Benci Dadah". Di samping itu juga pada masa perhimpunan harian, mingguan dan perhimpunan bulanan Kokurikulum, pihak guru dan Guru Besar sentiasa menyentuh tentang bahaya pengalahgunaan dadah ketika menyampaian ucapan.

Laungan "KAMI BENCI DADAH" pada masa perhimpunan diluahkan oleh warga sekolah adalah sebagai tanda sokongan padu usaha kerajaan membenteras penyalahgunaan dadah ini.Untuk menguatkan lagi rasa benci terhadap najis dadah ini, pihak sekolah juga menayangkan cerita "ANA" iaitu sebuah cerita yang berkisar tetang golongan remaja remaja yang terlibat dengan dadah dan padah yang diterima akhirnya merosakkan diri.
Majlis Penutupan Program Pendidikan Pencegahan dadah telah diadakan pada 24 April 2010 dan disempurnakan oleh Ketua Daerah Agensi Anti Dadah Kebangsaan Kuching, Puan Eva anak Lichok.

Saturday, March 13, 2010

CUTI PERTENGAHAN PENGGAL 1/2010

Sekolah mula bercuti pada 13 Mac 2010 hingga 21 Mac 2010